Himpunan solidariti bersama Palestin Ahad ini di Bukit Jalil kecam pembunuhan Ismail Haniyeh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan solidariti bersama Palestin akan diadakan Ahad ini bagi memberi isyarat jelas pendirian rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perhimpunan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam itu, diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Katanya, perhimpunan itu dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet serta pemimpin negara.

“Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama memberikan solidariti (dalam isu Palestin).

“Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Perhimpunan solidariti bersama Palestin kali ini adalah perhimpunan kedua diadakan selepas acara sama berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perhimpunan itu terbuka kepada semua pihak tanpa mengira parti politik.

“Kita turut menjemput para Senator dan Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti untuk hadir dalam perhimpunan solidariti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri tidak dapat menghantar wakil ke pengebumian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar hari ini.

Bagaimanapun, perwakilan Malaysia akan menghadirinya sebagai mewakili kerajaan.

“Semalam, Jemaah Menteri sebulat suara mengecam pembunuhan Ismail Haniyeh, Ketua Sayap Politik Hamas dengan cara begitu kejam dan biadab.

“Seperti Perdana Menteri nyatakan dalam ‘posting’ di media sosial, ini juga adalah satu usaha sabotaj proses perdamaian dan gencatan senjata yang sedang diusahakan,” lapor BH pada Khamis.

Semalam, media melaporkan kematian Haniyeh di Tehran, Iran yang mana Hamas mendakwa ia dilakukan oleh Israel.

Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail yang juga bekas Perdana Menteri Palestin itu serta seorang pengawal peribadinya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat