Kolaborasi unik Coolblog x WAWA: perpaduan kecantikan dan kesegaran bikin heboh!

- Advertisement -

Industri kecantikan dan makanan tempatan sekali lagi digegarkan dengan kerjasama unik antara dua jenama terkenal, Coolblog dan WAWA. Gabungan minuman smoothie menyegarkan dengan produk penjagaan diri ini telah mencuri tumpuan ramai.

Dalam usaha mengangkat jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi, Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah menempa nama selama 19 tahun, telah bergabung tenaga dengan WAWA, jenama kecantikan serta penjagaan diri terkemuka yang diasaskan oleh selebriti Malaysia, Wawa Zainal. Kolaborasi ini menyaksikan pelancaran enam produk baru berasaskan buah epal yang menggabungkan elemen kecantikan dan kesegaran.

Dalam pelancaran petang tadi, booth yang dihias dengan warna pink ceria Coolblog dan merah glamor dari WAWA menjadi tarikan utama, mencipta pengalaman yang ikonik. Keenam-enam produk baru ini termasuk Very Apple Fizz, Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt, Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie, dan Green Apple Smoothie, semuanya menampilkan rasa segar epal yang sinonim dengan kesegaran.

Kolaborasi ini juga membawa mesej mendalam tentang mencintai diri sendiri dan kecantikan dari dalam, selari dengan kempen ‘SELF-LOVE’ dan ‘LOVE FROM INNER BEAUTY’. Menurut Wawa Zainal, “Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda.”

Sueli Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, menyatakan, “Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari lebih ceria dan penuh warna.” Menurut beliau lagi, maklum balas pelanggan sangat menggalakkan, dengan ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti produk Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari WAWA.

Menambah lagi kemeriahan, setiap pembelian dua minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan WAWA Butter Liptint yang terdiri daripada enam warna menarik. Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, pembelian Apple Fantasy juga memberi peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.

Kolaborasi ini bukan sahaja mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri, tetapi juga menawarkan pengalaman yang unik dan penuh keseronokan kepada pelanggan. Dengan integrasi elemen kecantikan dan minuman segar, Coolblog dan WAWA mencipta satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sekaligus menjadikan kolaborasi ini sebagai satu pencapaian hebat dalam industri tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat