126 mahasiswa sertai program antirasuah anjuran YBR, SPRM

- Advertisement -

TANJUNG RHU — Seramai 126 mahasiswa menyertai Program Konvensyen Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memberi pengetahuan kepada pemimpin pelajar mengenai tanggungjawab memerangi rasuah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Nazli Rasyid Sulong berkata, program ini bertujuan melahirkan para pelajar yang mampu menggerakkan kesedaran dah menjadi masyarakat yang peka terhadap inisiatif pencegahan rasuah serta membudayakan perkara yang betul di dalam kehidupan.

“Saya berharap program ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan jadikan sebagai acara tahunan. Ia sekaligus menjadi kempen pencegahan rasuah yang lebih sistematik, bersepadu dan berterusan di kalangan mahasiswa yang mana mereka bakal menjawat jawatan sebagai pegawai di sektor awam mahupun swasta.

“Terima kasih kepada pihak YBR kerana menaja program kesedaran ini sebagai pendedahan akan bahayanya rasuah dan kesan rasuah kepada diri dan organisasi.

“Kesedaran ini perlu dipupuk dari peringkat IPTA dan IPTS lagi agar negara tidak tandus modal insan berintegriti dan bersifat antirasuah di masa hadapan,” katanya di Kem Permata Resort, Alor Gajah hari ini.

Dalam majlis yang sama, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal berkata, mahasiswa perlu didekati dan dipupuk dengan nilai-nilai murni dan asas pendidikan anti rasuah secara tidak formal bagi memastikan ketelusan dan integriti dapat didedahkan semasa diperingkat pengajian lagi.

Jelas Syaiful lagi, usaha ini diharapkan sebagai pemangkin bagi melahirkan generasi penggerak bagi aktiviti pendidikan antirasuah.

“Inisiatif ini diharapkan data memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mengamalkan budaya kerja yang baik, bebas rasuah, meningkatkan disiplin dan integriti serta sikap tanggungjawab dalam tugas yang di amanahkan seawal di peringkat IPT.

“Dengan kerjasama bersama Seksyen Pendidikan Tinggi, Cawangan Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga memberi kesan positif terhadap penyertaan pelajar dalam mempelajari dan mendalami kepentingan anti rasuah,” katanya.

Program yang menghimpunkan Presiden dan Timbalan Presiden AMAR dikalangan mahasiswa ini di jalankan selama 3 hari 2 malam ini seterusnya mendedahkan tentang bahaya rasuah serta kesan yang akan menimpa negara jika rasuah tidak di bendung.

Program ini disertai oleh pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Nazli Rasyid Sulong.

Turut hadir dalam sesi perasmian ini adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk rekod, berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang telah dijalankan oleh Wiki Impact, tahun lalu, YBR telah disenaraikan di antara 7 yayasan yang mendapat markah tertinggi daripada 32 yayasan terbaik di Malaysia.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat