Mahardika: Spider, Ella, Masdo Bakal Cetak Sejarah di Pulau Pinang

- Advertisement -

Pulau Pinang akan menyaksikan konsert malam Hari Merdeka paling epik pada 30 Ogos 2024 dengan gabungan tiga ikon muzik Malaysia – Spider, Ella, dan Masdo. Dikenali sebagai Mahardika, konsert ini bakal menjadi salah satu acara hiburan terhebat yang pernah dianjurkan oleh The Dons Group. 

Konsert yang  dianjurkan oleh The Dons Group,  menganggarkan penyertaan sebanyak 10,000 peminat untuk menghadiri memenuhi setiap ruang di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024 dan menjanjikan akan memberikan persembahan yang luar biasa menakjubkan.

Don dari The Dons Group menjelaskan bahawa Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’, sesuai dengan tarikh acara yang berdekatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Pemilihan nama ini melambangkan semangat perjuangan dan kebebasan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kumpulan pemuzik tersebut dalam industri muzik tempatan dan Nusantara.

Konsert ini diadakan di Spice Arena Penang, memberikan peluang kepada peminat dari pelbagai peringkat umur untuk menyaksikan persembahan hebat dari artis-artis tempatan yang tidak kalah dengan artis luar negara. Lokasi penganjuran di Pulau Pinang juga diharap dapat menarik pelancong dalam dan luar negara, menyumbang kepada sektor pelancongan negeri tersebut.

Bagi kumpulan Spider, Mahardika adalah momen istimewa kerana ini akan menjadi kali pertama mereka mengadakan persembahan di Pulau Pinang dalam tiga dekad. Vokalis Spider, Tam, melahirkan kegembiraan mereka untuk bertemu peminat di Utara selepas sekian lama.

Kugiran Masdo dan Ella juga menyeru peminat untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan kolaborasi pertama mereka dengan Spider. Tiket untuk acara bersejarah ini boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.com, dengan harga bermula dari RM98 hingga RM350.

Mahardika menjanjikan malam yang penuh semangat dan kenangan indah untuk semua peminat muzik tempatan. Jangan lepaskan peluang ini – ayuh hadir dan raih kemerdekaan bersama-sama di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024.

Untuk peminat, jangan sampai terlepas peluang keemasan ini Semak dan beli tiket bermula harga RM98 (standing), RM118 (silver Zone), RM128 (Rock Zone), RM148 (Platinium), RM198 (Gold, RM350 (Vip) menerusi  www.ticket2u.com  

INFORMASI 
ACARA: MAHARDIKA: SPIDERX ELLAXMASDO ARTIS: SPIDER, ELLA, MASDO 
LOKASI: SPICE ARENA PENANG, PULAU PINANG TARIKH:30 OGOS 2024 
PENGANJUR: THE DONS GROUP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat