- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi kenyataan media Setiausah Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Zulkifli Yaakob, Wan Rosdy akan menerima rawatan sehingga satu tarikh akan ditentukan doktor.
“Saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Rosdy dalam catatan Facebooknya sebentar tadi memohon doa agar rawatan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Saya juga memohon kemaafan andai ada sebarang kesilapan atau kekhilafan sama ada dalam pertuturan atau perbuatan saya selama ini,” ujarnya.