BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohonan diluluskan – MOF

- Advertisement -

Putrajaya: Kementerian Kewangan berkata, lebih 30,000 pemohon individu, petani, dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai melalui inisiatif BUDI MADANI pda 10 Jun 2024.

Jelasnya, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

Katanya, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai dengan membawa MyKad ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

 

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani.
“Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024,” jelasnya.

BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak di mana ia terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) selain syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat