- Advertisement -
KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang telah dicurahkan.
Seri Paduka Baginda bertitah, pengorbanan dan jasa warga pendidik harus sentiasa dikenang kerana peranan mereka begitu penting dalam membangun bangsa dan masyarakat.
“Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami, ilmu dan bakti kalian akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda berdua.