Pengasas KK Mart mohon ampun daripada Agong: “Ini kali terakhir” – Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan hari ini memohon ampun dan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan kontoversi penjualan stoking kalimah Allah.

Kee Kan yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama 15 minit di Istana Negara, pada 3 April.

Royal Press Office (RPO) memaklumkan, pada sesi menghadap itu, Kee Kan memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

“Seri Paduka Baginda bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Sultan Ibrahim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat