PPZ-MAIWP terima RM4,254,752.03 zakat perniagaan dari 6 syarikat korporat

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima zakat perniagaan berjumlah RM4,254,752.03 daripada 6 buah syarikat korporat pada majlis penyerahan zakat perniagaan bagi haul 2022 dan 2023 di sini pada Isnin.

Simbolik penyerahannya oleh wakil setiap syarikat korporat kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Hj. Abdul Hakim Amir Osman turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata 16% daripada kutipan zakat pada tahun 2023 adalah daripada pembayaran zakat perniagaan iaitu sebanyak RM165.7 juta merupakan penyumbang kedua terbesar kutipan zakat selepas zakat pendapatan.

Katanya, lebih ramai syarikat dan individu di luar sana agar tampil menunaikan zakat demi memastikan lebih ramai asnaf terus terbela.

“Tanggungjawab menyebarkan dakwah ini bukan terletak kepada institusi agama semata-mata malah amanah bersama untuk terus menyebarkan Islam di mata dunia begitu juga dengan ibadah zakat, ”katanya lagi.

Syarikat korporat yang menunaikan kewajipan berzakat antaranya ialah Cypark Resources Berhad (RM 500,000.00), GMA Resources Sdn. Bhd. (RM 1,000,000.00), KPJ Healthcare Berhad dan syarikat-syarikat dalam kumpulan KPJ (RM 722,881.39).

Selain itu, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (RM 510,000.00), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp (RM 844,269.64) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM677,601.00).

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Hj. Syed Kamarulzaman Syed Kabeer. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat