YWM, MAPIM, Spectre MD meterai MoU pembangunan ekosistem digital wakaf

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi agihan kebajikan dan kemanusiaan serta pembangunan ekosistem digital Wakaf YWM dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Spectre MD Sdn. Bhd di sini pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Mokhtar berkata, melalui perjanjian yang dimeterai ini dapat memperkukuhkan jenama YWM sebagai peneraju dalam pembangunan wakaf.

Menurutnya kerjasama ini memberi peluang kepada YWM untuk membawa wakaf Malaysia ke peringkat antarabangsa terutamanya agihan dana dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

Sebagai entiti wakaf YWM sentiasa komited dan proaktif dalam meningkatkan keberkesanan kutipan dan agihan dana wakaf sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“YWM juga akan meningkatkan tahap pengurusan dan penerimaan dana melalui ekosistem bersama pihak Spectre MD sememangnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan perisian dan penyelesaian sistem digital berasaskan teknologi maklumat terkini, ”katanya.

“MAPIM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) sinonim memperjuangkan aspirasi Islam serta penggerak utama aktiviti kebajikan dan kemanusiaan akan membantu memperluaskan skop pengagihan YWM ke luar negara.

Kerjasama dengan pihak swasta merupakan pendekatan YWM dalam mewujudkan wakaf korporat antaranya misi bencana alam dalam dan luar negara seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi, ”katanya lagi.

Selain itu, projek pemulihan pasca bencana, segmen sosial, prihatin dan misi kemanusiaan serta agihan kebajikan dalam negara, termasuklah pembinaan semula penempatan, pembangunan fasiliti seperti sekolah, masjid, hospital dan klinik, ”ujarnya.

“Jalinan kerjasama yang signifikan ini dapat membantu meningkatkan penjenamaan YWM melalui pendekatan teknologi dan inovasi digital selain memperkasakan lagi wakaf selain memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi ummah kelak , ”ujarnya lagi.

Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr. Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby dan Pengarah Eksekutif Spectre MD Khairul Nizam Othman dan disaksikan oleh Mohd Na’im merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), Md Ramzi Ishak. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat