Jangan gores hati orang Melayu, tegur Ahmad Maslan kepada DAP

- Advertisement -

PONTIAN – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegur parti DAP agar tidak menggores hati orang Melayu.

Tegasnya, pimpiman parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya DAP diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumpitera.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kenyataan kontroversi yang dikeluarkan beberapa pimpinan DAP itu sengaja dibuat bagi melihat dan mengukur reaksi orang Melayu dan Bumiputera.

Kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian lagi, kenyataan berbaur perkauman yang dicetuskan pimpinan DAP amat berbahaya bukan sahaja kepada sensitiviti rakyat malah keharmonian masyarakat.

“Sudah empat pimpinan DAP keluarkan kenyataan kontroversi, kenapa mereka tak faham-faham.

“Jangan nak mengguris hati 70.1 peratus itu, ia amat bahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua-ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Bangunan UMNO di sini, pada Sabtu, memetik Sinar Harian.

Beberapa kenyataan kontroversi pimpinan DAP itu bermula dengan cadangan Lim Kit Sing berkenaan Perdana Menteri bukan Melayu; Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai (pilihan raya PBT); Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (pakar bukan Islam dalam jawatankuasa Syariah) dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO).

Terbaharu, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Pada Jun tahun lalu, Kor Ming juga dilaporkan mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat