Ismail Sabri kecam OIC, Liga Arab tidak bersatu tentang Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab sepatutnya menunjukkan kepada dunia bahawa negara Islam bersatu menentang jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau senada dengan negara-negara Islam lain serta negara- negara seperti Ireland, Sepanyol, Norway, Brazil, Colombia dan Venezuela yang mendesak supaya kegilaan Israel ini dihentikan.

“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab perlu mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman rejim apartheid Israel yang berterusan melakukan pembunuhan dan penghapusan etnik.

“Sehingga hari ini, kita kesal tiada satu tindakan pun yang diambil oleh OIC dan Liga Arab kecuali hanya bercakap kosong.

“Sepatutnya OIC dan Liga Arab menunjukkan kepada dunia bahawa negara Islam bersatu,” tegas beliau dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 pada Selasa.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu lagi, ini adalah jenayah perang yang terang-terang dilakukan oleh Israel dan disokong oleh negara bersubahat.

“Mereka sepatutnya diheret ke Mahkamah Antarabangsa untuk diadili.

“Maka disebabkan itu, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) tahun lalu, saya menegaskan supaya isu Palestin dimuktamadkan dan kuasa veto mesti dihapuskan kerana tindak-tanduk seperti AS inilah yang menyebabkan dunia semakin huru- hara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat