“Saya bukan anti-maha kaya” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan beliau bukan anti- maha kaya namun bersifat adil kepada golongan rentan yang memerlukan.

Tegas Menteri Kewangan itu, penyelarasan subsidi yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 bukanlah untuk membebankan rakyat, ia adalah untuk memastikan kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang mampu.

“Saya menekankan yang saya bukan anti-maha kaya, namun kita haruslah bersifat adil kepada golongan rentan yang memerlukan.

“Intiha, amatlah penting untuk Kerajaan mengambil tanggungjawab dan menjaga tata kelola agar Malaysia menjadi sejahtera dan adil kepada semua,” jelas beliau ketika meluncurkan simposium “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” anjuran Social Wellbeing Research Centre, Universiti Malaya, pada Rabu.

Sewaktu ucaptama, Anwar singgung akan keutamaan dan tanggungjawab kerajaan kita dalam menutup ketirisan dan menghapus segala kebobrokan sebelum menimbangkan cukai penggunaan baharu.

“Sayugia, kerugian berpuluh bilion ringgit yang telah berdekad ditanggung kerajaan haruslah dicakup semula agar ia dapat dilabur demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat