Segerakan PAU, Mesyuarat MT Khas bincang hala tuju parti, cadang Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mengemukakan saran supaya Majlis Tertinggi (MT) Khas dan Perhimpunan Agung Umno khas diadakan segera untuk membincangkan hala tuju parti di saat yang getir dan kritikal ini.

Beliau bahkan mencadangkan agar semua akar umbi Umno dilibatkan dalam PAU khas berkenaan.

“Sudah enam hari atau hampir seminggu sejak kita (Umno) tumpas teruk dalam pilihan raya enam negeri. Namun sehingga kini Majlis Tertinggi Umno belum lagi bersidang atau dipanggil untuk bersidang.

“Akar umbi akan menjadi semakin resah jika kita di pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan hala tuju yang jelas semasa krisis.

“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini,” tegas beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Oleh itu, Isham menggesa dan sarankan supaya satu mesyuarat Majlis Tertinggi Khas dan Perhimpunan Agung UMNO khas diadakan segera untuk membincangkan hala tuju parti di saat yang getir dan kritikal ini.

“Dan kita perlu libatkan semua akar umbi UMNO yang ingin menyertai dalam Perhimpunan Agung khas ini sebab keputusan yang perlu kita buat adalah suatu keputusan yang amat penting dan memberi kesan kepada semua ahli dan akar umbi Umno.

“Kita berada dalam keadaan yang luar biasa. Keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa. Special circumstances require special measures,” kata Isham.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat