- Advertisement -
KUALA LUMPUR -Perikatan Nasional (PN) nampaknya setakat ini berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Dilaporkan PN sudah membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Kemenangan itu membolehkan gabungan PAS dan Bersatu itu terus mentadbir kerajaan negeri untuk penggal kedua.
Begitu juga dengan Kedah dan Kelantan PN sedang mendahului di semua DUN.