Shuip teruskan saman kepada individu yang memfitnah dirinya

- Advertisement -

Shuip Sepahtu,39, akan meneruskan tindakan undang undang kepada MD Johan Dihani Mohd Zaid 37, diatas menyebarkan fitnah terhadap dirinya sebagai seorang freemason di media sosial.

ShahMira Muhammad atau lebih mesra dengan panggilan Shuip berkata, pihaknya meneruskan saman terhadap Md Johan Dihani selepas individu terbabit menarik semula kenyataan maaf di media sosial dan telah melantik peguamcara dan menafikan tidak berbuat seperti yang dituduh sekaligus mengambil tindakan terhadapnya.

Saman terhadap MD Johan Dihani diteruskan selepas dia mendapati pemohonan maaf yang dibuat menerusi Instagram story individu tersebut pada 4 julai telah dipadam.

“Md Johan Dihani pada 10 Julai lalu,  melalui peguamcara menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada saya.

“Dia juga  sudah membuat permohonan maaf pada 4 Julai tapi kemudian memadamkannya.

“Pada 10 Julai pula, melalui peguamcara dia menafikan tindakannya (fitnah) kepada saya.

“Kerana itu saman ini diteruskan,” katanya pada sidang media hari ini.

Berkata, tindakan saman kepada individu yang memfitnahnya di media sosial bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk memberi iktibar dan pengajaran kepada semua pihak yang tidak bertanggungjawab ketika membuat kenyataan di media sosial.

“Saya serahkan pada mahkamah untuk buat penilaian (keputusan).

“Tapi saya teruskan saman bukan untuk saya sebagai individu tapi untuk orang lain juga sebab saya rasa penggunaan media sosial terlalu melampau dan disalah gunakan hingga ada orang tak bersalah jadi mangsa,,” katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk turun naik ke makamah, Shuib berkata dia sudah bersedia dan rela melaluinya demi mendapat keadilan membabitkan fitnah ke atas dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin.

“Jika ada yang kata leceh untuk naik turun mahkamah tapi saya sudah bersedia untuk itu.

“Saya tahu tapi untuk dia (Md Johan), saya okay. Saya akan adakan masa untuk dia, katanya.

Sementara itu, menurut  peguam yang mewakili Shuib, Syed  Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin, pihaknya sudah menghantar saman kepada peguamcara Md Johan Dihani Mohd Zaidi atau pengguna akaun Facebook @Johndihani menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.

“Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkembangan kes ini,” katanya.

Shuip Pernah mengambil tindakan terhadap dua penguna media sosial selepas memfitnah dia sebagai anggota freemason serta didakwa sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 dua tahun lalu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat