89 Peratus Sudah Terbukti Saya Bukan Ejen Azmin – Amirudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan beliau bukan lagi ‘budak’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti didakwa.

Kata Amirudin kejayaan beliau merampas Parlimen Gombak daripada Azmin dengan majoriti 12,729 undi adalah bukti terbesar yang menidakkan tuduhan yang dilemparkan kononnya beliau ‘kuda trojan’ Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu.

“Ejen Azmin? Saya anggap 89 peratus hal itu selesai lepas saya menang PRU15 di Gombak.

“Saya membuktikan pula, perkara itu telah selesai sepenuhnya bila saya menang di Gombak dengan majoriti yang signifikan dan saya juga buktikan kekalkan kerajaan Selangor kekal selari dengan PH dan deliver dalam Pilihan raya lepas dengan kemenangan 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor,” kata Amirudin dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada petang Isnin.

Sementara itu, Amirudin mengakui ‘perpisahan’ perjuangan politik beliau dengan sifunya Azmin berakhir selepas Langkah Sheraton.

“Walaupun saya bukan Menteri Besar saya akui saya tak pernah setuju Langkah Sheraton kerana dia telah merosakkan fabrik politik nasional pada ketika itu.

“Dua atau tiga minggu sebelum Langkah Sheraton berlangsung saya telah makan malam dengan Azmin dan beberapa sahabat, beliau menjelaskan tentang langkah itu dan bagaimana itu pun dekat 90 peratus berjalan kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad tak ikut.

“Kita juga buat semak imbang dengan beberapa pejabat PMO, Pejabat Tun bila timbang kita anggap benda itu tidak setuju. Masa makan malam itu saya beritahu kepada Azmin kalau kamu buat benda ini, ada dua perkara yang akan menimpa kamu iaitu kamu akan jadi kambing hitam dan jadi punch bag untuk orang marah dan itulah realiti yang saya lihat berlaku kepada beliau terutamanya sampai ke PRU15,” katanya.

Amirudin bahkan mengakui beliau antara ‘kartel’ Azmin suatu ketika dulu.

“Saya tak nak nafikan sejarah, saya dalam team Azmin yang sekian lama saya pun di bawah DUN dia sekian lama.

“jadi dia nama kartel ke geng Azmin ke masa tu memang saya geng dia dan sejarah tak boleh dinafikan,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat