Manifesto BN-PH selesai masalah air pikat rakyat Kelantan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan kini dilihat sedang dalam gelombang inginkan perubahan terutamanya membabitkan masalah air yang membelenggu setelah 33 tahun ditadbir PAS.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto yang ditawarkan BN-PH
adalah yang paling rasional, realistik dan paling ditunggu-tunggu rakyat Kelantan.

Zahid akui teruja menyaksikan sambutan luar biasa apabila kira-kira 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum hadir memberi sokongan kepada Jelajah Perpaduan Madnai Negeri Kelantan di Tanah Merah dan Kota Bharu, malam tadi.

“Siapa kata rakyat Kelantan tak mahu perubahan? Mereka kini sedar bahawa Kerajaan Negeri sekarang yang telah mentadbir selama 33 tahun ternyata gagal dan tidak mempunyai tekad yang kuat untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu Kelantan selama ini.

“Alhamdulillah, manifesto utama BN dan PH setelah memperoleh mandat ialah tekad untuk menangani masalah air serta menghapuskan tunggakkan bil air kerana kami percaya bahawa bil air yang dikenakan adalah tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan.

“Saya percaya semua janji-janji yang ditawarkan di dalam manifesto PH dan BH adalah yang paling rasional, realistik dan paling ditunggu-tunggu rakyat negeri ini,” kata Zahid.

Presiden Umno itu menegaskan, ini bukan cakap-cakap kosong demi meraih undi semata-mata, tetapi berlandaskan keyakinan dan semangat perpaduan untuk kehidupan rakyat lebih baik dan sejahtera di negeri Kelantan.

“Undilah calon BN dan PH pada PRN kali ini, kejayaan kita menerajui kepimpinan di Putrajaya telah terbukti.

“Kimi masanya untuk kita pilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan Persekutuan agar usaha membangunkan negeri Kelantan dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” seru Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat