Hari Rock Negara yang kini sedang berlansung selama 2 hari iaitu pada 15 hingga 16 julai bertempat di Malakat mall Cyberjaya. Hari Rock Negara dianjurkan oleh Kombat Records, dengan kerjasama Mawar Grandeur Event dan Qew Communications Sdn Bhd yang telah dimeriahkan oleh persembahan kugiran rock tempatan seramai 40 band seperti Damasutra, Ekamatra, Headwind, Melissa, Bloodshed dan Belantara.
Hari Rock Negara kali ini menyuntik ‘rockers’ dengan pelbagai program menarik antaranya ialah gerai jualan dari usahawan tempatan, booth Jualan tiket konsert, pelancaran album, qasidah, wayang pacak dan Battle Of The Bands. Tarikan utama yang menjadikan Hari Rock Negara ini ialah kelainan di mana ia membawa program-program ilmiah seperti forum perdana, forum kartun dan rock dan kursus pengurusan jenazah.
” Selain kita berhibur, tujuan penganjuran acara ini ialah untuk memberi satu pengetahuan ilmiah yang jarang kita dengar di dalam sesuatu acara yang berbentuk hiburan. Antaranya ialah seperti forum perdana dan kursus pengurusan jenazah”, kata Kombat, selaku penganjur utama acara ini. Untuk Hari Rock Negara apa ertinya jika tanpa “Battle Of The Bands” ibarat kosonglah pengisian Hari Rock Negara itu, lantaran itu pihak penganjur telah bekerjasama dengan Al Farabi di mana para peminat muzik rock dapat merasai nostalgia dan kenangan zaman rock secara percuma selama 2 hari tersebut.
Hari Rock Negara ini bakal berlangsung lagi untuk edisi seterusnya di tahun hadapan. Sudah pasti para pengunjung akan menantikan lagi penganjuran acara ini dengan lebih pengisian program-program yang bermanfaat. Elemen Rock sepatutnya terus mekar dan terus dihargai kerana muzik merupakan penyatuan keharmonian manusia.