Elon Musk Akan Bantu Malaysia Sediakan Capaian Internet Di Pedalaman – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat SpaceX melalui perkhidmatan satelit Starlink akan membantu Malaysia menyediakan internet yang lebih laju dan meluas di kawasan pedalaman negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mayanya dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk memaklumkan mereka berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Pertemuan maya antara Anwar dan Elon Musk yang juga CEO Tesla Inc itu juga antara lain, Perdana Menteri mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.

“Turut mengucap tahniah dan dokongan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.

Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Pertemuan sidang video itu selain Anwar dan Elon Musk ia turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat