KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan cek sumbangan kepada 38 orang penerima yang berjumlah RM1,141,78.
Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ia bagi menampung pelbagai tujuan seperti kos perubatan, menyambung pengajian ke IPT, program-program masyarakat dan aktiviti rumah ibadat.
Wan Rosdy berharap sumbangan ini akan memberi manfaat demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
“Pagi ini saya mulakan tugas saya dengan menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM1,141,784 kepada 38 orang penerima atas pelbagai tujuan seperti menampung kos perubatan, menyambung pengajian ke IPT, program-program masyarakat dan aktiviti rumah ibadat.
“Semoga sumbangan ini memberi manfaat berpanjangan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan Negeri Pahang khususnya kepada penerima. Insya-Allah.” kata Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya, pada Rabu. -SUARATV