SMK Baharu Di Bukit Antarabangsa Tidak Akan Dibina -KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak ada perancangan untuk pembinaan sekolah menengah baharu di kawasan Bukit Antarabangsa dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10).

KPM mendapati bahawa sekolah menengah kebangsaan yang berdekatan masih mampu untuk menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, KPM akan terus meneliti keperluan pembinaan sekolah menengah bagi menampung keperluan setempat dari semasa ke semasa.

KPM membeeritahu, pihaknya sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat.

“Dalam usaha merancang pembinaan sekolah baharu, KPM mendapatkan input dan cadangan pembinaan sekolah melalui permohonan oleh jabatan pendidikan negeri. Seterusnya, KPM melaksanakan analisis keperluan secara terperinci berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia daripada PLANMalaysia, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2022.

“Selain daripada kesediaan tapak atau tanah, perkara lain yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk (catchment area) serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak KPM sedang melaksanakan projek pembinaan baharu SK Ukay Sungai Sering di kawasan Bukit Antarabangsa yang melibatkan pembinaan 30 bilik darjah dan kemudahan lain yang berkaitan. Projek ini telah diluluskan dalam RMKe- 10, namun tidak dapat dilaksanakan dan disambung semula dalam tempoh RMKe-11 dan RMKe-12 disebabkan oleh pertukaran tapak. Tapak asal projek ini berada di kawasan cerun berskala tiga yang memerlukan tambahan kos penahan cerun dan tidak sesuai untuk pembinaan sekolah,” jelasnya.

Oleh yang demikian, kata kementerian itu pada tahun 2018, KPM telah mengenal pasti cadangan tapak baharu bagi pembinaan sekolah ini. Tapak baharu yang merupakan tanah serahan pemaju ini telah diluluskan permohonan pemberimilikan tapak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan kini dalam proses untuk mendapatkan geran.

“Buat masa ini, status pembinaan projek ini masih berada di fasa pra pembinaan dan dalam peringkat akhir untuk melantik pihak perunding bagi menyediakan pelan rekabentuk bangunan dan menyelesaikan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Proses pelantikan perunding ini dijangka selesai pada Mac 2023,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat