Banjir: SKMM segera baik pulih perkhidmatan komunikasi di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera membaik pulih perkhidmatan komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir.

Menurut beliau, SKMM telah bersedia dan dalam usaha memasuki kawasan-kawasan terjejas untuk kerja baik pulih sistem komunikasi.

“Saya terkesan dengan situasi bencana banjir di Johor terutamanya di kawasan utara yang sekarang telah menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi.

“Saya telah berhubung dengan pihak SKMM untuk segera baik pulih perkhidmatan komunikasi yang terjejas. SKMM telah bersedia dan dalam usaha memasuki kawasan-kawasan tersebut,” katanya.

Media melaporkan, keadaan banjir di Johor bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada 25,213 orang setakat jam 8 pagi ini.

Ini membabitkan 7,013 keluarga yang dipindahkan ke 187 PPS yang dibuka di 10 daerah terjejas banjir, meningkat berbanding 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS di enam daerah setakat jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata keadaan banjir melanda negeri ini disifatkan antara terburuk pernah dihadapinya dalam tempoh beberapa tahun ini berikutan menyebabkan semua 10 daerah di Johor terjejas bencana itu.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keadaan hujan lebat berterusan berserta fenomena air pasang menyebabkan keadaan banjir semakin buruk dan menjejaskan ramai penduduk.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat