Konsert Sulung 6ixth Sense 7Belas Mengegarkan Panggung Asia.

- Advertisement -

Konsert khas 6ixthSense sempena ulang tahun ke-17 penubuhannya telah mendapat sambutan luar biasa dengan jualan tiket habis sepenuhnya.

Berlangsung di Panggung Asia Gombak, 6ixthSense telah mengalunkan 30 buah lagu dari album pertama hingga keenam.

Konsert yang diberi nama 7Belas telah berlansung selama 2 jam, bermula dari jam 8 malam hingga jam 11 malam. Antara lagu lagu yg telah didendangkan “Hikayat Cinta”, “7Belas” “Dari Hati””7kali Malam Minggu” “Cinta Yang SemPurna””Khatimah Cinta””Tanpa” dan “Yang Sempurnakan Ku”.

1400 unit tiket telah habis dijual kurang dari 24 jam sebaik sahaja pengumuman Mengenai konsert 6ixthSense ini dihebahkan.

Dalam sidang media, 6ixthSense mengatakan usaha yang dilakukan oleh penganjur seharusnya dibanggakan dan dengan harapan dapat menarik peminat-peminat muzik baru serta memperkenalkan lagi karya-karya 6ixthSense pada generasi baru yang kekal relevan dalam industri musik Malaysia.

Pengarah Projek “Atas Angin”, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam menjelaskan harapan untuk konsert ini dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak: “Kami sebagai penganjur, bekerja dengan sepenuh jiwa raga kami kerana ingin menjayakan konsert single yang pertama selepas 17 tahun. Kami juga ingin menjadikan konsert ini sebagai satu memori terbesar bagi peminat peminat 6ixthSense

“Atas Angin MY” komited untuk membawa pembaharuan, dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab bagi memenuhi permintaan “Deriaku” iaitu peminat 6ixth Sense dengan adanya konsert “7Belas” ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat