Bantuan makanan guna helikopter kepada masyarakat orang Asli

- Advertisement -

Gua Musang,- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini menggunakan helikopter bagi tujuan penghantaran bantuan Bakul Makanan kepada masyarakat orang asli di Gua Musang yang terputus hubungan dan bekalan makanan sejak beberapa hari lalu.

Penghantaran menggunakan helikopter ini dilakukan dengan kerjasama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dianggarkan seramai 800 penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini terputus hubungan selepas laluan yang menjadi jalan keluar dan masuk ke perkampungan mereka tertimbus akibat tanah runtuh pada 20 Disember lalu.

Menurut kenyataan JKOA, bantuan makanan mula dihantar hari ini ( 25 Disember 2022) dan akan dilakukan sehingga 30 Disember 2022.

Di antara lokasi yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR), Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR).

Walau bagaimanapun, kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter.

Pihak JKOA juga memaklumkan penghantaran bakul makanan tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan helikopter pihak Bomba kepada operasi menyelamat di kawasan yang terjejas dengan banjir di negeri Kelantan dan Terengganu yang berlaku pada beberapa hari yang lepas.

Penghantaran melalui kenderaan darat pula tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk dan terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim iaitu berhampiran Kg. Dakoh.

Pihak JAKO juga telah berbincang dan bekerjasama dengan pihak JKR KESEDAR untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.

Namun kerja-kerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang masih buruk yang menyukarkan jentera berat untuk masuk dan sampai ke lokasi kejadian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat