Peluang promosi filem tempatan ke mata dunia – Zahidi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Multimedia melihat penerbitan filem The Lord Musang King sejajar dengan program Road To Oscar yang dirancang kerajaan. Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, karya yang mendapat sentuhan Malaysia dan Korea Selatan itu dapat membawa wajah filem Malaysia di mata dunia.

“Kami di kementerian memang menggalakkan kerjasama sebegini sekali gus berhasrat untuk meningkatkan industri kreatif dan perfileman.

“Filem ini juga saya lihat sebagai usaha untuk mempromosikan pelancongan serta buah-buahan tempatan yang eksotik seperti Musang King,” katanya.

Zainul juga berharap kerjasama ini akan membuka peluang kepada produksi tempatan untuk bekerjasama dengan negara serantau.

“Filem-filem yang kita hasilkan perlulah berkualiti dan ada sentuhan antarabangsa. Sekarang, kita bekerjasama dengan Korea Selatan. Selepas ini, mungkin kita boleh bekerjasama dengan Thailand atau Indonesia.

“Saya juga memuji apabila pengarah hebat dari Korea Selatan seperti Lee Moon Ho yang sudi untuk bekerjasama walaupun ada jurang bahasa.

“Kami di kementerian berikan sokongan padu dan berharap, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dapat memberi bantuan dari segi geran atau dana untuk rangka promosi,” katanya.

Filem The Lord Musang King diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd dan menampilkan barisan pelakon Malaysia dan Korea Selatan antaranya Yusof Bahrin, Fimie Don, Jay Iswazir, Harissa Adlynn Halim dan ramai lagi.

Penggambaran bakal bermula pada 11 Ogos ini dan penggambaran akan dijalankan di Malaysia selama 21 hari.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat