Mohamad Salim Dilantik Sebagai Pengerusi Interim SKMM – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Salim Fatah Din sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkuatkuasa 10 Jun 2022.

Annuar berkata, pelantikan Mohamad Salim itu bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang mengakhiri perkhidmatan pada 9 Jun 2022.

“Perkhidmatan Pengerusi Interim SKMM pula berkuatkuasa bermula 10 Jun 2022 sehingga lantikan Pengerusi baharu dibuat.

“Lantikan ini adalah selaras dengan “Part II, Section 14 (Temporary Exercise of functions of Chairman” Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai Pengerusi bilamana berlaku kekosongan jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Mohamad Salim ketika ini merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya kepada SKMM.

“Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB. Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd dan pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

“Saya yakin pelantikan YBhg Tan Sri Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.

“Saya percaya pemegang taruh industri telekomunikasi dan digital akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh Kerajaan melalui SKMM yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat