Penambahbaikan Pelbagai Aspek Jika GST Diperkenalkan Semula – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan memberi jaminan akan melakukan penambahbaikan dari pelbagai aspek sekiranya mempunyai hasrat untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Awani.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Laporan Kewangan Rakyat ke-98 yang diterbitkan hari ini berkata, aspek tersebut termasuk kecekapan proses bayaran balik, meningkatkan tahap kemahiran pegawai kerajaan dan tahap pematuhan peniaga.

Selain itu, beliau berkata, turut akan diperbaiki ialah tadbir urus keseluruhan GST, kata laporan itu.

“Walaupun buat masa ini Malaysia mendapat manfaat dari peningkatan harga komoditi global, hasil berkaitan komoditi tidak mampan kerana bergantung kepada pergerakan harga pasaran global.

“Ianya tidak mampu menampung sepenuhnya peningkatan perbelanjaan yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian Kerajaan perlu meneroka sumber hasil yang lebih stabil dan lebih meluas seperti kepenggunaan,” katanya lagi.

Menurut Tengku Zafrul lagi, sebelum kerajaan memperkenalkan apa jua cukai baharu, mereka perlu memastikan pemulihan ekonomi pasca krisis COVID-19 sudah mencapai landasan yang kukuh dan stabil.

Perkara itu, jelasnya, adalah selaras dengan apa yang dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa cadangan pengembalian GST masih lagi di peringkat kajian.

Ujarnya lagi, sebarang sistem pencukaian baharu juga perlu diluluskan di Parlimen, dan jika diambil kira keperluan libat urus bersama rakyat, serta untuk menambahbaik sistem sedia ada, tidak mungkin GST akan dilaksanakan tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat