Sukan SEA: Malaysia Pertahan Pingat Emas Gimrama All-Around Berkumpulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sukan SEA Hanoi menjadi medan terbaik buat skuad gimrama negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi sejak edisi di Kuala Lumpur pada 2017.

Ia apabila Shak Yuki, Tammy Ng, Jingle Shak, Yap Yi dan Maia Ong menyumbangkan satu lagi emas buat kontinjen negara menerusi acara all-around berkumpulan wanita pada Khamis.

Mereka mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.

Thailand pula muncul pasukan kedua terbaik dengan 41.55 mata untuk memenangi pingat perak manakala gangsa menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam, dengan 37.80 mata.

Kejayaan itu menyaksikan sekali lagi Negaraku berkumandang di Quan Ngua Sports Palace hari ini.

Sejak memenangi pingat perak dalam edisi di Singapura pada 2015, Malaysia mula mendominasi acara all-around berkumpulan dengan memenanginya di Kuala Lumpur (2017), Manila (2019) dan yang terbaru di Vietnam. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat