KWSP: Pihak yang tohmah UMNO pun dapat manfaat – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasti ramai akan mendapat manfaat di sebalik pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk mereka yang mungkin gigih mentohmah UMNO dan Presidennya.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, para pencarum yang menerimanya akan mendapat manfaat manakala peniaga yang menerima tempias daripada pertambahan aliran tunai dalam pasaran.

“Dan tentunya pengeluaran khas wang simpanan KWSP lebih bermakna tatkala umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saranan ini mungkin tidak populis, namun beringatlah desakan pengeluaran khas wang simpanan KWSP sedari awal bukan bertujuan memewahkan sambutan perayaan,” catat Zahid di Facebooknya pada Isnin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya menegaskan pengeluaran khas itu bertujuan membantu mengurangkan bebanan rakyat yang masih bergelut dengan impak buruk pandemik Covid-19.

Justeru beliau berpesan, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk bangkit dan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi.

“Syukur Alhamdulillah bersama-sama kita panjatkan kehadrat Ilahi, pengeluaran khas wang simpanan KWSP untuk mereka yang telah diluluskan permohonan dipercepatkan daripada 20 kepada 18 April hari ini.

“Terima kasih kepada yang memberi dan meluluskan pengeluaran khas wang simpanan KWSP milik saudara dan saudari ini,” katanya.

Zahid menambah, selepas dibenarkan kini disegerakan maka terbuktilah KWSP sememangnya mempunyai kemampuan untuk membenarkan permintaan rakyat.

“Tahniah kepada semua yang bersama dalam desakan kepada Kementerian Kewangan supaya membenarkan pengeluaran itu sebelum ini.

“Ini juga bermakna tidaklah benar tuduhan dilemparkan terhadap saya dan UMNO sengaja menghasut rakyat mengenai pengeluaran khas wang KWSP.

“Dan hampir pasti juga tidak benar pengeluaran kemudahan pengeluaran khas RM10,000 akan menjejaskan strategi pelaburan KWSP,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat