AS Mahu Vladimir Putin Dibicarakan Atas Dakwaan Jenayah Perang

- Advertisement -

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa pemimpin Rusia, Vladimir Putin mesti berdepan perbicaraan jenayah perang susulan dakwaan kekejaman tentera Rusia di bandar-bandar sekitar Kiev, lapor akhbar The Sun semalam.

Biden menggelar Putin sebagai ‘penjenayah perang’ dan mahu beliau berdepan ‘perbicaraan jenayah perang’ berhubung dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Bucha.

Tentera Rusia didakwa melakukan kekejaman di bandar Bucha, pinggir Kiev selepas berpuluh-puluh mayat ditemui di jalanan dengan ada yang ditembak dari jarak dekat, manakala tangan mereka pula diikat.

Setiausaha Luar Britain, Elizabeth Marry Truss berkata, Rusia mesti digantung keanggotaannya dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandangkan adanya ‘bukti kukuh mengenai jenayah perang’ yang dilakukan oleh Kremlin.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ketika melawat Bucha semalam berkata, serangan ke atas bandar itu adalah jenayah perang dan akan diiktiraf oleh dunia sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Imej satelit bandar kecil Bucha memaparkan parit sepanjang 13.7 meter digali di kawasan gereja yang dikenal pasti sebagai sebuah kubur besar, demikian menurut syarikat teknologi angkasa lepas AS, Maxar.

“Liputan terbaharu pada 31 Mac lalu menunjukkan tapak kubur dengan parit sepanjang 13.7 meter digali di bahagian barat daya sebuah gereja,’’ kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kremlin bagaimanapun menafikan dakwaan Ukraine bahawa ratusan orang awam dibunuh oleh tentera Rusia di Bucha.

Rusia mendakwa bahawa kebanyakan video dan gambar yang disebarkan oleh Ukraine sebagai ‘jenayah perang’ itu sebenarnya adalah satu ‘provokasi’. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat