Siasatan bebas untuk bersihkan nama Azam Baki : TI-M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Siasatan oleh sebuah badan bebas yang dibentuk kerajaan akan memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk membela diri terhadap dakwaan yang dihadapinya.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, berkata proses itu juga akan melindungi nama baik agensi penguatkuasaan rasuah negara itu.

Beliau berkata, badan yang ditubuhkan itu harus bertanggungjawab dan perlu melaporkan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Rasuah untuk tindakan selanjutnya.

“TI-M mengulangi gesaan supaya siasatan bebas dengan penuh ketelusan dimulakan segera berhubung isu ini kerana ia membabitkan integriti dan reputasi SPRM dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR).

“Kami menggesa kerajaan untuk membentuk badan penyiasat bebas yang terdiri daripada mereka yang layak dan bebas untuk mendedahkan fakta kes dan menentukan sama ada ia sudah melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, memandangkan peristiwa dan kenyataan mengenai perkara itu sudah didedahkan kepada masyarakat umum, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.

Katanya, TI-M percaya bahawa hanya tindakan afirmatif segera serta ketelusan daripada kerajaan akan membantu melindungi integriti dan reputasi SPRM dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Beliau berkata, TI-M amat khuatir dengan SPRM atas peristiwa yang menyelubungi agensi penguatkuasaan itu dan pegawai tertingginya sedang terbongkar.

“Merujuk kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media pada 5 dan 8 Januari lalu oleh pengerusi dan ahli-ahli LPPR dengan Tan Sri Abu Zahar Ujang mengumumkan bahawa lembaga itu mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Azam Baki dan membersihkannya daripada sebarang salah laku atau konflik kepentingan dalam kes pemilikan saham.

“Kemudian Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula mengeluarkan kenyataan berasingan yang mendakwa mereka akan menyiasat perkara ini jika terdapat sebarang kemungkinan pelanggaran Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“Selepas itu ahli LPPR yang lain tampil mengeluarkan satu lagi kenyataan tegas menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Abu Zahar yang mengaitkan mereka dengan mesyuarat itu dan mereka mendakwa sudah meminta siasatan lanjut ke atas perkara itu. Maka timbul persoalan apa sebenarnya berlaku dalam mesyuarat terbabit,” katanya.

-BERITA HARIAN

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat