Bersatu tak terkesan pemimpin, ADUN lompat masuk Parti Bangsa Malaysia – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Bersatu tidak terkesan dengan tindakan beberapa anggotanya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) malah ada sebahagiannya dilantik menjadi pemimpin atasan pertubuhan tersebut,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bahkan kata beliau Bersatu akan terus bergerak dengan agenda integriti, tadbir urus yang baik, anti rasuah dan anti salah guna kuasa demi memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

“Bersatu akan terus bergerak dengan agenda integriti, tadbir urus yang baik, antirasuah dan antisalah guna kuasa demi memberikan manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 8 Januari lalu PBM mengumumkan barisan kepemimpinan barunya dengan beberapa wakil rakyat bekas ahli PKR dan memenangi kerusi masing-masing menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH) – dan melompat menjadi bebas atau menyertai Bersatu – terpilih.

Sesetengah mereka pula tidak memiliki sebarang kerusi namun pernah menjadi pemimpin PKR.

Sebelum ini salah seorang pemimpin atasan Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman, menggesa mereka dipecat daripada jawatan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan kerana PBM bukanlah sebahagian daripada kerajaan yang ada sekarang.

Wan Saiful berkata ketika ada segelintir mereka menyertai PBM, Bersatu pula semakin berkembang dengan bilangan keahlian yang meningkat setiap bulan.

“Perlembagaan Bersatu jelas mengatakan sekiranya mana-mana ahli Bersatu menyertai parti lain, maka keahlian mereka secara automatik tergugur.

“Peraturan ini konsisten dan terpakai kepada semua,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat