Jangan mimpi rakyat nak undi PH, saat banjir pimpinan ghaib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Usah bermimpi rakyat akan undi apatah lagi untuk bagi kemenangan kalau di saat rakyat susah, mereka tidak turun padang menyelami derita penduduk Segamat yang dilanda musibah banjir,” bidas penyokong Pakatan Harapan (PH).

Dalam rakaman video berdurasi 2.38 minit seorang penyokong PH itu menempelak dan meluahkan rasa kecewanya terhadap pimpinan-pimpinan utama PH yang ‘ghaib’ ketika banjir di Segamat, Johor.

Sedangkan katanya di Segamat PH menguasai dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun ketika daerah itu dibadai banjir tiada seorang pun pimpinan utama PH turun padang menyantuni rakyat.

“Mana pergi pimpinan-pimpinan utama PH? Mana pergi? tiada? Untuk pengetahuan, pimpinan-pimpinan PH baik PKR, Amanah, DAP. Segamat ada dua Parlimen, enam DUN kita menang semua bila banjir berlaku di Segamat mana pergi pimpinan utama PH? Seorang pun tak nampak muka.

“Baik Presiden Amanah, baik Setiausaha Agung DAP, pimpinan utama PH itu sendiri iaitu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim langsung tak nampak muka kat sana. Macam ini nak ambil hati rakyat? Macam ni nakkan rakyat undi kamu? jangan mimpilah, jangan mimpi kalau macam ni.

“Apa nak jadi, nak tunggu jadi kerajaan baru nak turun padang nak tengok rakyat yang tengah susah. Seorang pun pimpinan pusat tak tunjuk muka di sana,” kritik penyokong PH itu lagi.

Malah katanya, umum maklum pembangkang tidak mempunyai peruntukan besar untuk disalurkan kepada rakyat, namun bukan itu yang diharapkan tetapi sekurang-kurangnya tunjuk muka.

“Tak suruh awak bawa duit pun, kita tahu kita sebagai pembangkang tak ada duit, tak payah. Lagi satu dah banyak barang bantuan yang UMNO bawa kat sana…berlambak-lambak cuma minta datang tunjuk muka, bawa telur pun susah?

“Lepas itu nak harapkan menang pilihan raya, maka mula nak salahkan orang itu, orang ini penjilat atuk, dahla sekarang tak guna logo bukan salah sesiapa, salah kamu sendiri pimpinan.

“Kalau kamu tak ada willing nak turun padang untuk bantu rakyat semata-mata nak harapkan pimpinan-pimpinan kawasan, Jabatan Arif yang tak dibayar ini awak buat apa? sibuk politik sana. covincing formidable, kemaruk,” ujarnya.

Untuk rekod Segamat daerah pertama di Johor dilanda musibah banjir pada 1 Januari lalu dan membabitkan ramai penduduk terjejas.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat