‘Sulam cinta’ selepas kahwin

- Advertisement -

WALAUPUN memilih kerjaya selebriti, penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sharul Kamal, 26, lebih selesa tidak terlalu berkongsi mengenai kisah dirinya terutama hal peribadi.

Pemilik nama sebenar Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman ini menyifatkan dia mahu dikenali peminat melalui bakat seninya yang lebih baik dan sesuai untuk diketengahkan.

“Sejak dari mula menceburi karier seni dulu, saya memang agak tertutup untuk berkongsi atau bercerita soal peribadi. Sebab itu, kisah cinta dan keluarga saya ramai yang tidak tahu. Malah, sebenarnya untuk majlis perkahwinan saya pun pada awalnya saya tak fikir nak buat acara resepsi. Apatah lagi, bagi saya cukuplah buat mengikut apa yang termampu.

“Namun, alhamdulillah keluarga saya dan mentua sepakat untuk bersama-sama bergabung membuat satu saja majlis resepsi untuk meraikan hari bahagia saya dan isteri,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, Sharul selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Raihan Amilin Mohd Roszaimi, 26, jam 3.30 petang di Masjid Kota Raja, Klang, Selangor.

Dengan sekali lafaz, Sharul sah bergelar suami kepada Raihan Amilin atau Amy yang juga pengurus artis di Rusa Music selepas dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roszaimi Iddin, 50.

Berkongsi perancangan keluarga dan bulan madu mereka, Sharul berkata, mereka belum membuat sebarang perancangan kerana masing-masing terikat dengan urusan kerja dan keadaan cuaca pun tidak menentu.

SHARUL bekas bintang AF2015.
SHARUL bekas bintang AF2015.

“Buat masa ini, kalau soal anak kami tak rancang. Sepenuhnya, saya dan isteri serahkan rezeki kepada Allah. Lagipun anak memang dikira salah satu cabang rezeki juga. Kalau Allah berkehendak beri kami rezeki anak cepat, alhamdulillah. Tapi, kalau lambat pun tak apa kerana tanggungjawab menyara anak ini juga amanah yang besar.

“Saya pun sekarang perlu menyesuaikan diri hidup berdua dan hendak membina keluarga. Lagi pula, saya dan isteri tidak bercinta sakan dari sebelum kami berkahwin. Jadi, dah halal ini masa kami menyulam cinta dan kasih sayang dulu,” katanya.

Menurut Sharul, dia dan isteri kini dalam proses menjalani kehidupan baharu dan banyak perkara perlu diambil kira seperti memantapkan kerjaya dan mengukuhkan kewangan mereka sebelum mempunyai anak.

Berbicara juga perkenalannya dengan isteri, Sharul berkata, mereka mula kenal pada 13 Disember 2019. Kemudian, dia memutuskan nak berkawan lebih serius sekitar 2020 sebelum membuat keputusan merisik serta bertunang tahun lalu.

Pada majlis pernikahan itu juga, Sharul menyerahkan mas kahwin RM1,122 sebagai simbolik tarikh 1 Januari 2022 berserta seutas rantai emas kepada isterinya, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat