Nash dilantik duta Persatuan Anak Bangsa Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Nash, 62, dilantik sebagai duta Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) dalam usaha menarik lebih ramai penggiat seni dari negeri berkenaan menyertai persatuan ditubuhkan sejak Mei lalu.

Nash berkata, pelantikan itu adalah satu kepercayaan dan amanah buatnya.

Beliau yang juga anak kelahiran Muar berkata, antara inisiatif perlu dilakukannya menarik seramai mungkin ahli baharu tanpa mengira usia.

“Sebelum ini, saya sendiri tidak tahu menjadi artis pertama menyertai persatuan ini, malah, terharu dipilih menjadi duta PABJ.

“Saya akan menjalankan amanah diberi bagi menarik lebih ramai artis dari Johor menyertai persatuan ini,” katanya kepada BH Online.

Bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, persatuan itu dilihat menjadi platform mengeratkan silaturahim penggiat seni yang dianggarkan 70 peratus berasal dari Johor.

“Sebagai anak Muar, saya berbangga menyertai PABJ dan ia dapat dijadikan sebagai platform bagi merapatkan silaturahim di kalangan rakyat Johor,” katanya dalam majlis perasmian Kempen Pemacu Sasaran 1,000 ahli, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof.

Sementara itu, Presiden PABJ, Datuk Mohsen Hasbollah berkata, pihaknya memilih Nash memegang peranan berkenaan berikutan reputasi besar dimilikinya.

Katanya, Nash adalah artis pertama dari Johor menyertai PABJ dan diharap pelantikannya dapat menarik lebih penggiat seni dari negeri ini menyertai persatuan.

“PABJ ditubuhkan dengan tujuh matlamat utama bagi memperkasa Anak Bangsa Johor dalam bidang pendidikan, pelancongan, seni budaya, ekonomi, multimedia, kebajikan, kesihatan dan sukan rekreasi.

“Kita menyeru lebih ramai anak Johor menyertai PABJ dan keahlian juga dibuka kepada mereka yang tinggal di luar negara bagi menyumbang serta berkongsi idea memajukan PABJ,” katanya.

Ketika ini, seramai 217 ahli menyertai PABJ dan Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1,000 ahli selama tiga bulan bermula bulan ini.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memperkenankan penubuhan PABJ yang berperanan menyatukan anak Johor pada Mac lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat