Remaja Di Pahang Berumur 12-17 Tahun Akan Disuntik Vaksin Bermula Isnin Depan – Wan Rosdy

- Advertisement -

Seramai 173,000 remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Pahang akan mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 20 September ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail, berkata keutamaan kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun serta 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan, selain remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dari institusi pemulihan dan pusat perlindungan serta remaja rentan termasuk gelandangan.

“Mereka termasuk pelajar sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah agama negeri kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan institusi pendidikan kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Kumpulan remaja ini akan menerima suntikan masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan di bawah penyelarasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, remaja berkenaan perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menerima suntikan.

“Kepada bakal penerima suntikan serta ibu bapa atau penjaga, saya berharap dapat memberikan kerjasama sebaik-baiknya demi mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan kita yang boleh membantu menangani penularan wabak COVID ini,” katanya.

-BERITA HARIAN

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat