Tersentuh hati kegigihan ‘riders’

- Advertisement -

SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19, pelbagai golongan jelas mendapat perhatian untuk diberi sumbangan dan bantuan demi kelangsungan hidup. Baik keluarga susah mahupun ibu tunggal misalnya.

Bagaimanapun, pelakon Zoey Rahman, 36, terpanggil untuk memberi perhatian kepada penghantar makanan. Ini kerana dia merasakan golongan terbabit kurang mendapat sokongan dari segi sumbangan.

Menurutnya, penghantar makanan adalah golongan yang terdedah dengan risiko kerana perlu keluar mencari sesuap nasi.

Katanya, mereka juga petugas barisan hadapan yang penting ketika ini.

Justeru, dia mengambil pendekatan untuk menganjurkan program kemasyarakatan sendiri iaitu Mikaseries Peduli. Ia bagi membantu operasi harian penghantar makanan serta meringankan beban mereka.

“Mikaseries Peduli adalah program kemasyarakatan kerjasama Big Mouth dan McDonalds, Mutiara Damansara. Mikaseries Peduli lebih fokus kepada sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan.

“Ia akan disumbangkan kepada ‘riders’ tidak kisah dari syarikat mana pun mereka berkhidmat,” katanya.

Zoey berkata, dia bersyukur apabila niat murninya terus mendapat sokongan ramai penaja. Sekali gus, bekalan sumbangan lebih pelbagai tanpa tertumpu pada barangan keperluan harian saja.

“Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada ibu tunggal dan lain-lain yang berbentuk barang keperluan harian. Jadi, kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati ‘riders’ yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan ramai pihak. Insya-Allah selepas ini pihak Adabi dan beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjasama dengan kami,” katanya.

Selain itu, Zoey turut berterima kasih kepada Zarina Anjoulie yang turut turun padang memberi sumbangan peribadi kepada penghantar makanan terpilih.

“Anju (Zarina) sememangnya banyak membantu juga dalam memastikan program itu berjaya. Sumbangan peribadinya cukup bermanfaat kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, Zoey berkongsi dia melancarkan program amal membantu penghantar makanan dengan memberi petrol dan makanan percuma.

Program bulanan itu bertujuan membantu 200 penghantar makanan sebagai menghargai khidmat mereka. Inisiatif terbabit tercetus selepas dia sendiri melihat kepayahan diharungi golongan berkenaan.

Zoey berkata, mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang perlu diberi perhatian.

“Saya tersentuh apabila melihat penghantar makanan terpaksa makan dan solat di tepi jalan baru-baru ini. Betapa gigihnya mereka dari siang hingga malam mencari pendapatan demi menyara keluarga.

“Maka, saya terus wujudkan program ini untuk mereka memandangkan penghantar makanan juga tidak dinafikan sangat penting sebagai barisan hadapan. Kami akan membantu mereka dapatkan isian petrol penuh, makanan dan barangan lain.

“Buat masa ini, kami menyasarkan untuk membantu 200 penghantar makanan setiap bulan. Ia akan bermula Jumaat ini di mana slot akan

dibahagikan dari pagi hingga malam kepada 50 orang untuk setiap slot,” katanya.

Bagi penghantar makanan yang berminat mendapatkan sumbangan

Mikaseries Peduli, boleh mendaftar nenerusi pautan https://t.me/MIKASERIESpeduli.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat