Insafi Pesona Jawatan, Ingat Ahli Parlimen UMNO Wakil Kepada Rakyat Bukan Wakil Golongan Gagal Jaga Rakyat- Pesan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli-ahli Parlimen UMNO yang masih tidak berganjak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menginsafi tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat bukannya wakil kepada golongan yang gagal menjaga rakyat.

“Kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat yang bermaksud wakil kepada rakyat. Bukan wakil kepada mereka yang gagal menjaga rakyat.

“Ingatilah juga kewajipan kita sebagai wakil rakyat dari UMNO iaitu sentiasa memihak kepada rakyat, mengutamakan rakyat dan mementingkan rakyat. Bukan memihak kepada mereka yang mahu mengekalkan penguasaan ke atas rakyat dan negara walau jelas telah gagal, membelakangi keluhuran Perlembagaan serta Institusi Diraja,” seru Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan beliau percaya ini adalah masanya untuk ahli-ahli Parlimen UMNO membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sebagai wakil rakyat dari UMNO sanggup berpayah demi berdiri bersama rakyat.

“Bukan berdiri bersama kegagalan yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat telah kehilangan nyawa dan lebih 19,000 kes jangkitan wabak dilaporkan saban hari. Sehingga menyebabkan Malaysia dianggap antara negara yang gagal membendung penularan pandemik dalam dunia.

“Fahamilah juga pesanan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa hubungan di antara Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen UMNO mestilah diharmonikan demi kepentingan parti dan negara.

“Sebagai Ahli Parlimen UMNO kita sewajarnya lebih terkesan dengan kegagalan itu kerana rakyat yang menderita termasuk ahli-ahli UMNO sendiri.

“Juga pengundi-pengundi UMNO di kawasan kita. Kita tahu begitu ramai rakyat termasuk ahli dan pengundi UMNO tidak mampu bekerja, menjadi miskin dan muflis.

“Maka sudah tiba masa kita sebagai Ahli Parlimen UMNO menunjukkan dan membuktikan kepada rakyat bahawa kita berjuang untuk mereka,” seru Zahid.

Membuktikan perkara itu adalah mudah iaitu meninggalkan kerajaan PN yang gagal dan kembali kepada landasan perjuangan UMNO yang sebenar,” beritahunya lagi.

“Saya mendoakan semua yang berkenaan melepasi ujian jawatan, kedudukan dan pesona yang sedang mereka lalui ketika ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat