Saya Takkan Jawab Surat Ahmad Mazlan – Nazri Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan telah menerima surat dari Datuk Seri Ahmad Maslan yang meminta Ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian mereka sebelum 7 Ogos ini.

Memetik laporan Awani, Nazri berkata beliau tidak akan menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO itu.

“Saya tidak akan jawab surat tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Yang sepatutnya diberi surat tunjuk sebab adalah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau jelas menlanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“Ini jelas menerusi audio perbualan beliau dgn Anwar selepas PAU pada Mac lalu yang tersebar sebelum ini.

“Selain itu saya sudah menyatakan Zahid perlu berjumpa semua Ahli Parlimen UMNO dan menjelaskan apa yang beliau lakukan tapi sampai sekarang dia tak nak jumpa,” katanya, dipetik dari laporan berkenaan.

Surat yang dihantar Setiausaha Agung UMNO itu dilaporkan meminta semua ahli parlimen UMNO menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos.

Semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan atau tidak menyokong PN dan akan meletak jawatan dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Nazri juga menegaskan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau hanya akan akur dengan keputusan yang dibuat Dewan Tertinggi BN.

“Saya adalah Ahli Parlimen BN, jika Dewan Tertinggi BN mengarahkan saya menarik sokongan barulah saya akan tarik sokongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat