KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat untuk bersabar dan tidak mempercayai kempen kerajaan gagal mengurus pandemik Covid-19.
“Rakyat diminta bersabar, jangan percaya kempen kerajaan gagal urus Covid-19,” kata Muhyiddin memetik laporan Bernama.
Sebelum ini, tular pelbagai tanda pagar dan kempen kerajaan gagal di media sosial, mengecam tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik.
Negara ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik melanda untuk dua hari berturut-turut dengan 11,079 kes pada Selasa dan 11,618 kes semalam.
Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau mahu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mempertimbangkan kelonggaran pergerakan individu yang lengkap dua dos vaksinasi.
Selain itu Muhyiddin turut melancarkan program Bakul Prihatin Negara, perlihatkan komitmen kerajaan memelihara kesejahteraan rakyat.
Katanya, inisitaif bantuan bakul makanan khususnya menerusi Yayasan Kebajikab Negara perlu diteruskan bagi membantu kumpulan rentan.