Lompat parti berjemaah, 300 ahli PKR Perak masuk Gerakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 300 ahli PKR cawangan Ipoh Barat keluar parti dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pengerusi GERAKAN Perak, Datuk See Tean Seng, berkata kira-kira 50 borang keahlian yang sudah lengkap diisi daripada bekas ahli PKR itu diserahkan kepada pihaknya hari ini. Ada juga borang yang yang masih dalam proses penelitian parti itu.

“Kami difahamkan seramai 300 bekas ahli PKR dari (cawangan) Ipoh Barat akan menyertai Gerakan. Mereka sudah keluar parti itu sejak setahun lalu dan membuat keputusan untuk menyertai kami.

“Kami mengalu-mengalukan bukan sahaja daripada PKR, tetapi semua yang berminat dengan misi dan hala tuju kami kerana moto kami ialah ‘satu hati’ dan kami bekerja untuk rakyat,” katanya di Wisma GERAKAN Ipoh, hari ini, memetik dari sumber Berita Harian.

Sementara itu, wakil bekas ahli PKR Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, berkata mereka membuat keputusan menyertai GERAKAN dengan rela hati dan tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya menyertai PKR pada tahun 2017 dan selama saya berada di parti itu saya hanya nampak perebutan kuasa antara pemimpin dan mereka tidak mengendahkan masalah rakyat.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka menang PRU-14. Kami melihat perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk rakyat,” katanya yang ditemui bersama beberapa bekas ahli PKR lain pada sidang media berkenaan.

Alfaizal berkata, selama setahun beliau hanya memerhati perkembangan politik semasa dan mendapati GERAKAN banyak membantu rakyat apabila ancaman COVID-19 melanda negara.

“Pada pandangan saya, GERAKAN lebih menumpukan kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Jadi saya serta bekas ahli PKR Ipoh Barat yang lain mengambil keputusan menyertai parti ini dan meneruskan perjuangan politik kami,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat