Mengapa UMNO Kelantan perlu terburu-buru?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO Kelantan memberi kata dua kepada PAS dianggap langkah gopoh sedangkan Muafakat Nasional (MN) masih menjalin kerjasama.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, agak menarik juga bila UMNO Kelantan hari ini membuat desakan rasmi supaya “PAS Kelantan membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama UMNO atau bersama Bersatu dalam menghadapi PRU 15”.

“Selaku sahabat dalam Muafakat Nasional, tidak sewajarnya kata dua sebegini diberi kepada PAS Kelantan.

“Hal ini kerana kedua-dua UMNO dan PAS masih bekerjasama dengan Bersatu di dalam Kerajaan Pusat.

“Pimpinan PAS telah berulangkali menyebut komitmen mereka untuk cuba menyatukan ummah dalam PRU 15.

“Lagipun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan PRU 15 belum nampak bayang bila akan dilangsungkan,” katanya.

Menurut beliau, pelik juga mengapa perlu menekan begini seolah-olah UMNO BN yakin untuk menang secara bersendirian sedangkan pelbagai dapatan kajian yang berwibawa menunjukkan bahawa UMNO BN tidak akan mampu untuk menang secara bersendirian.

“Mengapa perlu terburu-buru? Soalnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat