Industri pelancongan boleh ‘pupus’

- Advertisement -

PETALING JAYA: Aktiviti dan industri pelancongan mungkin ‘pupus’ sekiranya orang ramai masih tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri untuk tempoh lebih lama.

Berikutan itu, Persatuan Pelancongan Malaysia (MTC) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menggesa kerajaan menyelamatkan industri tersebut.

Timbalan Presiden MTC, Datuk Azlie Halim berkata, pemain industri terlibat sudah tidak mempunyai banyak masa untuk tunggu dan lihat.

“Aktiviti pelancongan melibatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Jika pergerakan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka konsep pelancongan tidak sempurna.

“Industri pelancongan pasti lumpuh jika tiada kebenaran rentas negeri bagi tempoh lebih lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambah Azlie, pemain industri sudah sehabis baik tampil dengan idea dan usaha yang lebih kreatif dalam mempromosikan produk pelancongan.

Terdahulu Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis memberitahu Utusan Malaysia bahawa pemain industri menjangka berlaku peningkatan pakej revenge tourism dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Pelaksanaan PKP ramai tidak boleh keluar melancong, jadi sudah pasti berlaku peningkatan revenge tourism sebaik sahaja kebenaran merentas negeri dibenarkan,” katanya.

Namun sehingga kini masih tiada sebarang keputusan dari pihak kerajaan untuk membenarkan rentas negeri berlaku.

Sementara itu, Presiden MAH, Dato N. Subramaniam berkata, industri tidak dapat bertahan lagi dan telah mengambil pelbagai tindakan pengurangan kos operasi terutama dari segi sumber manusia sejak tahun lepas.

Sekiranya larangan rentas negeri secara menyeluruh dilanjutkan untuk lebih lama, industri perhotelan kemungkinan besar terpaksa mempertimbangkan penutupan operasi sementara atau sepenuhnya untuk mengurankan kerugian semasa.

“Jika masih di takuk yang sama, tidak mustahil industri ini bakal lumpuh dan kehilangan daya tampung serta daya saing berbanding negara-negara jiran,” katanya.

_utusanonline_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat