Sah UMNO, PKR bincang kerjasama, Anwar buat sidang media petang ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan UMNO mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Anwar mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media hari ini pada pukul 4.30 petang di mana dijangka akan menyentuh isu tersebut.

Ketua Pembangkang itu juga dijangka mengulas mengenai tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti baru-baru ini.

Memetik Malaysiakini sumber parti mengesahkan bahawa perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua pihak telah diadakan.

Difahamkan, kedua-dua parti tidak berpuas hati dengan parti Bersatu yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima penyertaan sejumlah ahli Parlimen yang berpaling tadah dari UMNO dan PKR.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata bahawa kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara daripada kebobrokan.

Beliau menekankan bahawa dalam beberapa siri perbincangan tidak rasmi yang diadakan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan “positif” dan kedua-duanya berjaya mencapai persefahaman.

Anwar juga berkata bahawa objektif kerjasama untuk menubuhkan kerajaan baru di mana fokus kepada isu pemacuan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata bahawa kenyataan beberapa pemimpin UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan PN.

Namun, beliau tidak mendedahkan nama pemimpin-pemimpin UMNO itu.

“Saya telah bersama UMNO selama bertahun-tahun, mengapa? Kerana saya yakin dengan idealisme. Jadi jika kita meletakkan idealisme ini di landasan, saya rasa tidak akan ada masalah,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata bahawa dia tidak maklum mengenai perbincangan antara UMNO dan PKR.

“Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu,” katanya secara ringkas kepada pemberita di Alor Gajah, semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat