Vaksin pertama Covid-19 tiba Sabtu ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan berita baik bahawa 20 Februari 2021, Sabtu ini vaksin pertama Covid-19 akan mendarat di Malaysia.

Menurut Annuar perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Hari ini mendapat taklimat terperinci YB KJ dan YB Dr Adham mengenai Pelan Imunisasi Covid-19.

“Tahniah kepada kedua-dua mereka.Vaksin pertama tiba Sabtu ini,” umum beliau di Twitter.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu kerajaan terus fokus dan komited memenangi perang ini.

“Banyak bersabar,menang bersama,” ujar Annuar. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat