4,521 Pesakit Covid-19 Pulih, 2,176 Jangkitan Baru, 10 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seperti semalam, Malaysia hari ini mencatatkan perkembangan positif apabila jumlah kes sembuh dari COVID-19 lebih tinggi berbanding kes baharu, iaitu sebanyak 4,521 kes.

Ini menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan adalah sebanyak 218,335 kes.

Sebanyak 2,176 kes baharu pula dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 266,445 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu termasuk satu kes bukan warganegara.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini pula adalah 47,135 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Namun begitu, angka kematian kembali meningkat hari ini, iaitu 10 kematian berbanding tujuh kematian pada Ahad.

Selangor masih mencatat angka kes baharu tertinggi dengan 910 kes diikuti Johor dan Sarawak, masing-masing sebanyak 269 dan 246 kes.

Sebanyak 13 kluster baharu turut dikesan membabitkan Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Terengganu.

Daripada jumlah itu, 10 adalah kluster tempat kerja. – Awani

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Diberi Peluang Masuk Kaabah, Tunai Umrah

CYBERJAYA — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang dan penghormatan oleh pemerintah Arab...

PKPD Kampung Tanah Merah Dilanjutkan Hingga 22 Mac

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan mulai 9 hingga...

‘Broker’ Jadi Jurucakap, Cuba Pastikan UMNO Dalam Kawalan Mereka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa musuh parti itu menggunakan 'broker' bagi menghancur dan menjatuhkan parti itu. Ahli Parlimen...