Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu melalui sidang video 28 Nov ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2020 akan dilaksanakan melalui sidang video pada Sabtu ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata persidangan itu akan disertai perwakilan dari seluruh negara yang  berkumpul di pejabat badan perhubungan negeri di Alor Star, Kedah dan Seremban, Negeri Sembilan serta hotel tertentu untuk negeri-negeri lain.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) semalam juga memutuskan untuk mengangkat cadangan meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu Bersatu ke PAT 2020.

“Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, PAT kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan usaha-usaha kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19 dalam negara dan hal-hal berkaitan pentadbiran serta pengurusan parti.

Jelasnya, dalam itu, MPT kekal menyokong penuh Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyeru semua pihak untuk terus menyokong serta mempertahankan belanjawan tersebut.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat