CYBERJAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Raffi meminta Speaker Dewan Negara, Rais Yatim menghormati keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang meproklamasi darurat oleh Perdana Menteri.
Menurut Razlan, Kerajaan Perikatan Nasional harus menjunjung titah Agong untuk mencari jalan penyelesaian, bukan bertindak baling batu sembunyi tangan dengan terus menggunakan wakil parti bagi memberi tekanan kepada Tuanku.
“Polemik ini harus dihentikan, tindakan Kerajaan PN harus jelas dalam mencorak dalam pentadbiran kerajaan tanpa menoleh kebelakang untuk meneruskan agenda Darurat,” tegas Razlan dalam satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV.
Razlan juga menyifatkan tindakan Rais telah menyebabkan institusi Kesultanan Melayu terbuka kepada kritikan dan cabaran kumpulan tertentu.
“Hari ini sudah ada seorang Peguam Syed Iskandar mencabar tindakan YDPA terhadap tindakan kurang bijak Perdana Menteri.”
Razlan turut menyatakan ramai penganalisa telah memberi gambaran bahawa sekiranya Darurat dilaksanakan, ekonomi negara akan rosak dan kesejahteraan rakyat akan tergugat.