Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

- Advertisement -

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini.

Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas, mengubah pandangan penulis mengenai siapa Bung Moktar yang sebenarnya.

Jauh dari kata-kata orang mengenai peribadinya, Bung sebenarnya ialah seorang yang ramah dan mudah mesra dengan orang ramai.

Beliau antara beberapa pemimpin di negara ini yang diketahui tidak ada masalah bergambar dengan sesiapa juga – siap dengan gayanya sekali.

Selain lensa rasmi, sesiapa juga yang berpeluang bergambar dengannya menggunakan kamera sendiri, akan mendapat aksi santai yang tidak disangka dari pemimpin besar sepertinya.

Dalam satu sesi berkempen di kawasan sepanjang Sg Kinabatangan dalam DUN Lamag, Bung menonjolkan jatidirinya yang sebenar sebagai anak jati kawasan itu dari suku Sungai.

Tidak ada masalah meredah selut dan lumpur walaupun kadangkala terpaksa berkaki ayam, Bung adalah cerminan pemimpin berjiwa rakyat yang asli, bukan dibuat-buat.

Walaupun tidak terucap tetapi seolah Bung mahu wakil media yang mengikut rombongannya, melihat sendiri pengabaian kerajaan negeri terdahulu terhadap kemudahan asas rakyat di kawasan pendalaman seperti jeti dan lain-lain.

Begitu juga bila merasa sendiri ‘azab’ membuang air berbekal botol air mineral kerana tangki air yang tersedia, tidak diselenggara dengan baik sehingga gagal berfungsi.

Ini semua bukti Bung tidak bercakap kosong, jauh lagi memfitnah bila mendakwa kerajaan negeri terdahulu sebagai gagal dan tidak layak memerintah.

Tapi satu yang pasti, Bung tidak akan teragak-agak mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap di telinga kalau ada kepentingan awam yang tidak dipedulikan sampai ke pengetahuannya.

Justeru, perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah hari ini adalah satu keputusan yang tepat sekalipun mungkin tidak menepati sasaran beberapa pihak.

Dengan situasi politik hari ini dan faktor BN hanya berjaya memperoleh 14 kerusi DUN dari 32 yang dipertandingkan, semua pihak seharusnya faham. Kalau susah juga nak faham, sila fahamkan konsep autonomi (UMNO Sabah) dan kompromi (pemilihan Ketua Menteri).

Masa berpolitik sudah tamat, sekarang masa untuk berkhidmat

Tahniah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Semoga menjadi pemimpin yang lebih baik di masa akan datang – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat